About Us

Pengenalan

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ditubuhkan pada 21 April 2016 di bawah akta pertubuhan 1966 dan peraturan-pertaruan pertubuhan 1984. MTPN adalah sebuah organisasi Pro Kerajaan, membuka landasan kepada semua pengguna dan peniaga membuat aduan dan menyelesaikan masalah yang mempengrauhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung dan hasinya adalah negara yang seimbang dari segi eknomi dan sosial.

MISI

Meningkatkan kesejahteraan dan mengukuhkan ekonomi pengguna, peniaga dan masyarakat dengan menggalakkan kecemerlangan dalam program pendidikan kepenggunaan dan perdagangan.

VISI

Mengkaji, menyelidik, mengoptimumkan dasar-dasar dan undang-undang kepentingan pengguna dan peniaga.

MATLAMAT

1) Mengkaji serta menganalisa peraturan, prinsip, panduan, dasar dan perundangan yang berkaitan dengan kesejahteraan pengguna.

 

2) Menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan NGO melalui aktiviti-aktiviti dan program kemasyarakatan.

 

3) Mewujudkan masyarakat pengguna yang mengamalkan perlindungan kendiri yang boleh mempengaruhi keadaan sosial dan ekonomi negara.

 

4) Meningkatkan kawal selia kendiri di kalangan peniaga supaya pengusaha dapat mengamalkan prinsip perniagaan yang cekap, amanah, sihat serta adil dan saksama.

 

5) Memberi landasan kepada semua pengguna dan peniaga untuk menyalurkan aduan serta menjalankan sesi pendamaian bagi segala perselisihan yang berlaku di kalangan pengguna.

 

6) Mewujudkan mekanisma penyelarasan dan keseragaman di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam perlindungan pengguna.

PENGADUAN AWAM

Majilis Tindakan Pengguna Negara juga mengendalikan aduan dan maklum balas pengguna. MTPN akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna atau peniaga yang mempunyai masalah berkaitan dengan perkhidmatan atau barangan.

8 HAK PENGGUNA

01 Hak Mendapatkan Keperluan Asas

Hak yang menjamin kelangsungan hidup, makanan yang memadai, pakaian, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, pendidikan dan sanitasi. Dengan hak ini, pengguna dapat menantikan ketersediaan komoditi asas dan prima dengan harga yang berpatutan dan berkualiti.

 

02 Hak Mendapatkan Keselamatan

Pengguna harus dilindungi terhadap pemasaran barang atau penyediaan layanan yang berbahaya bagi kesihatan dan kehidupan.

 

03 Hak Mendapatkan Maklumat

Pengguna harus dilindungi dari iklan atau pelabelan yang tidak benar atau mengelirukan dan berhak diberikan fakta dan informasi yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.

 

04 Hak Membuat Pilihan

Pengguna mempunyai hak untuk memilih dari pelbagai produk dengan harga yang kompetitif dengan jaminan kualiti yang memuaskan .

 

05 Hak Untuk Bersuara

Hak untuk menyuarakan kepentingan pengguna dalam menggubal dan melaksanakan dasar kerajaan, serta pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

 

06 Hak Mendapatkan Ganti Rugi

Hak untuk diberi pampasan untuk salah nyataan, barang-barang buruk atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

 

07 Hak Mendapatkan Pendidikan Kepenggunaan

Hak untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pengguna yang berpengetahuan.

 

08 Hak Mendapatkan Persekitaran yang Sihat dan Selamat

Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang tidak mengancam dan tidak berbahaya dan yang memungkinkan kehidupan maruah dan kesejahteraan.

CARTA ALIR ADUAN PENGGUNA